Assalamualaikum w.b.t
Pepatah yang berbunyi 'Stop smoking start vaping' adalah menjadi trend di negara kita pada masa kini. Tambahan lagi, baru-baru ini, anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menjadi perhatian selepas memuat naik gambar rokok elektronik atau vape di laman Instagram miliknya. Beliau memuat naik gambar tersebut dengan kapsyen: "Jangan pernah tinggalkan rumah tanpa dua mesin yang genius ini" dan ia menerima pelbagai reaksi daripada pengguna di media sosial itu.
Tabiat menghisap rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape kini sudah menjadi satu trend terutamanya kepada perokok sebagai alternatif untuk berhenti merokok yang menggunakan tembakau atau sekadar suka-suka. Jika dilihat dari sudut kebaikannya, ia dikatakan dapat membantu menjimatkan duit berbanding menggunakan rokok tembakau selain baunya tidak busuk jika dihisap ditempat awam.
Namun keburukan vape ini ialah apabila ada mereka yang tidak merokok menjadikanya sebagai satu tabiat baru dan apa yang lebih tidak manis ianya digunakan oleh golongan wanita dan remaja bawah umur. Jika dari segi masalah moral, sama juga seperti merokok, etika perundangannya sama juga seperti rokok di mana ia tidak boleh digunakan oleh remaja berumur 18 tahun kebawah. Tapi apapun yang sebaik-baiknya ialah tidak mengamalkan kedua-dua tabiat ini iaitu tidak merokok dan juga tidak menghisap vape.
Jadi, untuk menggalakkan hal ini perlulah ada kempen atau contoh ikutan daripada mana-mana tokoh atau orang yang diangkat sebagai ikon. Tetapi yang menyedihkan ketika ini ialah seorang yang dianggkat sebagai 'Ikon Belia' yang sepatutnya memberi contoh yang baik kepada masyarakat sebaliknya mempromosi perkara-perkara yang tidak sepatutnya ini.
Ramai orang kata Vape ini permainan orang kaya?
Sejak akhir-akhir ini penerimaan rokok elektronik kepada masyarakat semakin meningkat dan bertambah meriah, dan banyak juga rokok elektronik yang dijual di pasaran, Up-town dengan harga yang murah dalam pelbagai pilihan.
Namun perlu diambil kira dari segi cara pengambilan vaping dan tujuan untuk vaping. Bagi saya kalau untuk mengikuti trend yang ada pada masa kini baik tak payah vape,ini akan menjadi kepada pembaziran wang ringgit anda sahaja..
kalau anda berniat untuk berhenti dari menghisap rokok dan sudah mencuba pelbagai cara namun tidak berkesan, cubalah kepada rokok elektronik mungkin anda akan kurangkan pengambilan rokok yang membahayakan kesihatan itu dan mugnkin juga anda akan terus berhenti merokok.
Vaping ini banyak juga kelebihan sosial yang kita perolehi contohnya dapat kenalan baru dan bertukar-tukar pendapat dari Vape Meet yang diadakan ,orang sekeliling kita tidak menjauhi kita dengan asap rokok yang busuk dan kita mengeluarkan vape yang wangi dari pelbagai perisa.
Isu e cigarets merupakan antara isu yang hangat diperbincangkan semasa kini. Dari sudut halal haram produk ini dari pandangan ilmuan islam sehingga kepada kesan jangka panjang penggunaan vape ini masih di dalam proses kajian.
Hasil kesimpulan beberapa kajian terkini ada menyebut penggunaan vape ini adalah "amat tipis" untuk TIDAK membawa apa apa kesan kepada kesihatan untuk jangka masa panjang. Cuba kita bayangkan, cecair nikotin dengan pelbagai bahan kimia tambahan lain, diserap ke paru paru untuk jangka masa panjang, sudah tentu, sedikit atau banyak, ada kesan yang negatif yang akan memberi kesan kepada tubuh badan suatu hari nanti.
Mari kita sama-sama melihat dan mengkaji tentang kebaikan dan keburukan vape:
Kelebihan Electronic-Cigarette
1. Menghindar / kurangkan kesan sampingan seperti anda menghisap ROKOK sebenar yang megandungi lebih 4000 jenis bahan kimia!
2. Rokok elektronik ( Electronic Cigarette ) tidak mengaratkan gigi dan menghitamkan bibir..
3. Rokok elektronik ( E-Cigarette ) mengandungi nikotin yang tidak membahayakan kesihatan kerana ianya tidak bercampur dengan bahan-bahan kimia seperti CARCINOGENS, TEMBAKAU, TAR, KARBON MONOKSIDA, SISA ABU, BAU BUSUK.
4. Tiada kesan terhadap Smoke Detector (pengesan asap) oleh kerana E-Cigarette hanya mengeluarkan wap air yang seakan-akan asap sebenar.
5. Variasi perasa (dunhill, marlboro dll ) seperti ROKOK sebenar.
6. MENJIMATKAN wang sehinga 80% sebulan.
7. Mengurangkan atau menghentikan terus kadar pengambilan ROKOK sebenar.
8. Anda juga boleh menikmatinya ketika memandu (tak perlu buka tingkap).
9. Tiada masalah menghisapnya di runagan berpenghawa dingin.
10. Menghisap di tempat awam atau tempat larangan merokok juga tidak menjadi masalah.
11. Baju tidak lagi berbau ROKOK.
12. Bau mulut tidak lagi busuk.
13. Electronic-Cigarette (rokok elektronik) juga sesuai dibuat cenderahati untuk orang yang tersayang.
14. Tidak perlu risau jika anak-anak kecil menghidu wap dari rokok elektronik kerana ianya selamat dan tidak berbahaya.
15. Bahan yang terdapat didalam rokok elektronik tidak boleh menyebabkan kanser atau penyakit-penyakit yang berat.
Kekurangan Electronic-Cigarette
1. Semasa menggunakan rokok elektronik, pengguna tidak akan tahu berapa banyak wap nikotin mereka telah sedut yang agak berbahaya. Ini kerana jika kita menghisap rokok sebenar kita akan berhenti jika abu rokok sudah habis, ini kerana rokok elektronik apabila di "charge" penuh akan bertahan selama 8 jam tanpa henti.
2. Terlalu banyak kita sedut boleh menyebabkan kesan sampingan nikotin yang berlebihan dalam badan.
3. Tidak sesuai untuk penguna yang alah pada propelyne glycol (PG).Tanda alahan ialah bila sedut dengan liquid PG base gusi bengkak, gigi jadi sensitif dan lain-lain.
Menurut kajian, 1.4% wanita dewasa di Malaysia merupakan perokok berbanding 38% di kalangan lelaki. Jika dahulu, wanita, khususnya wanita melayu amat berselindung dan berhati hati untuk menunjukkan sebagai imej "perokok". Tetapi dengan peningkatan populariti Vape sebagai satu trend terkini dan "cool", kemungkinan lebih lebih ramai wanita akan terjebak dengan aktiviti tidak sihat tersebut. Kini bukan sahaja wanita, malah kanak kanak turut terdedah untuk mencuba dan seterusnya terus di belenggu oleh bahana perangkap Nikotin yang mempunyai fungsi dan kesan ketagihan yang sama seperti dadah yang lain.
Pendapat Pakar
Dinyatakan di sini beberapa pendapat pakar berkenaan dengan penggunaan rokok elektronik, antaranya :
-Jumlah nicotine yang dalam e-rokok ini berbeza bergantung kenyataan tertulis dalam labelnya. Ia boleh mengandungi antara 6–8 mg dalam setiap 1 ml cecair (mg/ml), yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16–18 mg/ml (berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi). Namun harus diketahui bahawa jika semua 60 mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30-40 batang rokok konvensional.
-Saintis dari Bahagian Penilaian Farmaseutikal US Food and Drug Administration (USFDA) telah menguji 19 jenis e-rokok yang telah dikeluarkan oleh dua pengeluar (NJoy dan Smoking Everywhere). Mereka mendapati terdapat bahan ‘tobacco-specific nitrosamines’ (TSNAs), yang boleh menyebabkan kanser dalam kedua-dua jenama e-rokok itu. Malah kepekatan nikotin yang terdapat dalam e-rokok tidak sama dengan nilai yang ditulis pada label. Terdapat sedikit nicotine dalam e-rokok yang dikatakan “nicotine-free”.
-Pada September 2008, World Health Organization telah mengeluarkan kenyataan: “tiada kajian yang sahih menunjukkan e-rokok ini selamat dan berkesan sebagai rawatan penggantian nicotine. Oleh itu, pihak pengeluar haruslah melakukan kajian yang mendalam untuk menyokong dakwaan mereka bahawa e-rokok boleh digunakan untuk mengurangkan tabiat merokok”.
Hukum
Berdasarkan daripada kenyataan di atas dan juga nas yang dinyatakan maka didapati bahawa penggunaan rokok elektronik juga hukumnya adalah haram. Ini kerana seperti yang sedia maklum ‘illahkan atau nyatakan sebab terhadap hukum merokok terpakai untuk isu rokok elektronik ini bahkan dinyatakan sekali lagi beberapa alasan antaranya:
-Qiyas kepada rokok sebenar
-Kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri. Ini merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana mafsadahnya tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar dan badan-badan berautoriti.
-Pembaziran
-Meniru budaya yang bukan Islam
-Dilihat tidak bermaruah
Penutup
Dalam isu ini, ramai juga berpendapat bahawa ia adalah salah satu cara untuk menolong penghisap rokok berhenti daripada merokok. Justeru, ia menggunakan rokok elektronik sebagai alternatif kepada cara berhenti merokok. Sebenarnya anggapan ini adalah menyimpang daripada asas kerana dikatakan ada juga bahan tobacco dan nikotin yang asalnya daripada bahan yang boleh memabukkan dan memberi mudarat kepada kesihatan manusia. Berdasarkan isu merokok, kami juga menyeru kepada khalayak umat Islam untuk meninggalkan penggunaan rokok elektronik atau vape berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas. Alangkah baiknya duit yang kita gunakan untuk membeli rokok atau vape, kita masukkan ke tabung masjid, menyumbang kepada anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta membantu keperluan mereka. Semoga Allah kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah dan berikan kepada kita kesihatan yang baik. Amin.
No comments:
Post a Comment