Assalamualaikum w.b.t
Sejak akhir-akhir ini negara kita dikejutkan dengan
isu jerebu yang semakin teruk. Hal ini menyebabkan langit kelihatan
mendung,jarak penglihatan jauh,pernafasan menjadi sesak dan sebagainya.Terdapat
beberapa punca yang menyebabkan berlakunya jerebu,antaranya pembakaran
hutan,pembebasan asap oleh kilang-kilang, pengeluaran gas oleh kenderaan serta
pembakaran secara terbuka.
Banyak sekolah yang telah ditutup buat semntara waktu disebabkan Indeks Pencemaran Udara(IPU) yang tinggi. Hal ini menyebabkan para pelajar tidak dapat ke sekolah kerana isu jerebu ini. Oleh itu, terdetik dihati kecil saya ini untuk menulis tentang isu hangat yang menjadi bualan orang ramai memandangkan keadaan semakin parah. Disini saya akan kupaskan serba-sedikit tentang jerebu dan langkah-langkah untuk mencegah diri kita daripada terkena kesan yang negatif.
Apa itu jerebu ?
Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang
tidak baik dengan kehadiran partikel di atmosfera yang akan mengurangkan jarak
penglihatan. Ia disebabkan oleh campuran konsentrasi bahan pencemar udara yang
tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.
Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut (sejenis pencemaran udara berat).
Jerebu juga terhasil daripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku
seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan
kepada titisan seni asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran
cahaya matahari, kelembapan tinggi, dan keheningan udara.
Indeks Pencemaran Udara
Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu
cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti
zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen
dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah
seperti berikut:
Nilai IPU Kualiti
udara
0 - 50
|
Baik
|
51 - 100
|
Sederhana
|
101 - 200
|
Tidak sihat
|
201 - 300
|
Sangat tidak sihat
|
301 - 400
|
Berbahaya
|
401 - 500
|
Sangat berbahaya
|
Lebih 501
|
Darurat
|
Punca-punca Jerebu
Menurut kajian, Kuala Lumpur telah mencatat Indeks
Pencemaran Udara(IPU) yang paling tinggi berbanding negeri-negeri lain. Pedih mata, tekak kering, dan hidung terasa ketat,
pernahkah anda mengalami gejala-gejala tersebut sejak belakangan ini? Sekirnya
anda merasai salah satu situasi di atas, bersegeralah mengambil langkah kanan
kerana anda mungkin merupakan mangsa kepada pencemaran udara iaitu jerebu.
Sepertimana yang dikatakan, keadaan cuaca yang agak
‘kasar’ pada ketika ini seakan dipandang sebelah mata sahaja, di mana isu alam
sekitar biasanya jarang dilihat sebagai isu utama masyarakat.
Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada
kegiatan manusia sendiri iaitu pertamanya melalui pambakaran hutan secara
besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar.
Antara punca yang lain adalah tindakan masyarakat yang melakukan pembakaran secara
terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi.
Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu
seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik
kilang. Contohnya, sesetengah anggota masyarakat melakukan pembakaran terbuka
di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa
sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah
semula.
Tambahan pula,
peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh
selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Peningkatan
jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan
dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap
di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan
berlakulah jerebu di negara kita.
Masalah kesihatan akibat
jerebu
Jerebu boleh menyebabkan
masalah kesihatan terutamanya kepada:
Antara gejala akibat pendedahan
kepada jerebu ialah:
- Iritasi
kerongkong dan batuk-batuk
- Kesukaran
bernafas atau hidung tersumbat
- Iritasi
di mata serta mata yang merah
- Kulit
terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan
untuk mengelak masalah-masalah akibat jerebu ialah:
- Jangan
keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
- Pakai
topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
- Kurangkan
pengunaan kenderaan terutama motosikal
- Sentiasa
basuh bahagian yang terdedah; mandi
- Selalu
minum air
- Sediakan
ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
- Makan
madu 2 sudu setiap hari, guna sudu plastik
Kesan Jerebu
IMPLIKASI
KESIHATAN
Kesan jangka pendek yang ketara ialah implikasi kesihatan.Jerebu mengandungi gas-gas yang merbahaya seperti nitrogen dioksida,sulfur dioksida,dan karbon dioksida.Gas-gas ini dan zarah terampai akan memasuki badan kita melalui pernafasan.Situasi ini akan menyebabkan mangsa diserang penyakit lelah,asma,sakit tekak, selesema,pedih mata,bronkitis dan sebagainya.Dalam kes yang lebih teruk,bendasing akan merosakkan tisu paru-paru,menghalang fungsi sel hemoglobin,dan seterusnya merosakkan sistem pernafasan.Selain itu,bahan-bahan seperti plumbum boleh menyebabkan kromosom mengalami mutasi.Di samping itu,zarah pencemar boleh menjejaskan kecerdasan otak terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar.Bahan hidrokarbon yang dibawa oleh jerebu boleh mencetuskan kanser dan menyebabkan kerosakan otak.
EKONOMI NEGARA TERJEJAS
Salah satu kesan jangka panjang akibat jerebu ialah ekonomi negara akan terjejas.Kesan ini dapat dilihat apabila pembatalan penerbangan kapal terbang terpaksa dibuat akibat kejadian jerebu.Salah satu syarikat penerbangan yang mengalami kerugian besar akibat pembatalan penerbangan ialah Syarikat Penerbangan Malaysia(MAS).Selain itu,kilang perindustrian,kuari,dan sektor pembinaan terpaksa menghentikan operasi.Tambahan pula,industri pelancongan juga turut terkena tempias akibat jerebu apabila pelancong membatalkan lawatan ke Malaysia.Di samping itu,pekerja-pekerja yang yang bekerja di luar pejabat mungkin terpaksa mengambil cuti demi kebaikan kesihatan mereka.Para nelayan juga tidak keluar kelaut kerana keselamatan dan kesihatan tidak terjamin.Penjaja-penjaja di tepi jalan juga tidak dapat menjalankan aktiviti perniaagaan mereka akibat jerebu.Hal ini mengakibatkan sumber rezeki dan pendapatan terjejas serta pengusaha mengalami kerugian besar.
HASIL DAN KUALITI PERTANIAN TERJEJAS
Jerebu juga telah mengakibatkan hasil dan kualiti sektor pertanian terjejas.Hal ini berlaku apabila jerebu menghalang kepadatan cahaya rendah yang diperlukan oleh tanaman untuk membesar.Kadar pancaran cahaya yang rendah mengurangkan proses fotosintesis tanaman.Hal ini menyebabkan tempoh matang tanaman menjadi lebih panjang.Selain itu,aktiviti serangga pemangsa juga terjejas seterusnya menyebabkan letusan populasi makhluk perosak akan berlaku.Justeru,pendebungaan juga akan terganggu.Gejala seumpama ini telah menyebabkan hasil pertanian negara terjejas sebanyak 30 peratus.Lantaran itu,hasil dan kualiti tanaman akan merosot.

Langkah-langkah mengatasi
masalah jerebu
MENDIDIK
MASYARAKAT
Langkah yang paling efektif bagi mengatasi masalah jerebu ialah dengan mendidik masyarakat.Media massa harus memainkan peranan menyiarkan kesan-kesan yang timbul akibat jerebu.Melalui langkah ini,masyarakat akan lebih memahami dan menyedari tentang kesan-kesan gejala tersebut.Oleh itu,masyarakat akan lebih bertanggungjawab dan menitikberatkan setiap kegiatan yang dilakukan oleh mereka misalnya tidak membakar sampah secara terbuka.Seruan kerajaan untuk menghijaukan alam,menggunakan petrol tanpa plumbum,dan sebagainya juga akan mendapat sambutan dan sokongan daripada masyarakat.Orang ramai juga akan memberikan kerjasama dengan menghubungi atau melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada pihak yang mencetuskan maslah ini.

KERJASAMA
ANTARABANGSA
Salah satu langkah yang tidak kurang pentingnya
untuk mengatasi masalah jerebu ialah kerjasama antarabangsa.Kerjasama ini
diperlukan untuk memadamkan kebakaran hutan.Kerajaan Indonesia harus mengawal
kebakaran hutannya dengan ketat.Selain itu,Indonesia juga harus mementingkan
kemajuan bersama negara jiran yang lain.Di samping itu,satu tabung kewangan
untuk membeli alatan pemadam api yang canggih boleh diwujudkan dalam kalangan
negara ASEAN.Alatan itu boleh dikongsi bersama untuk memadamkan api hutan.Penghantaran
tentera,ahli bomba,dan pakar ke Indonesia untuk memadamkan kebakaran hutan
merupakan kerjasama yang baik.Negara maju juga perlu membantu dengan
menghulurkan bantuan kepakaran dan teknologi memadamkan api.Sikap negara Barat
yang berpeluk tubuh menyaksikan kebakaran hutan di Indonesia selama beberapa
bulan lamanya perlu dikikis.

No comments:
Post a Comment